Saturday, September 25, 2010

Dissidia Duodecim



Aiseh~ Final Fantasy Dissidia nak keluar dah.. tapi, aku masih belum lagi main Final Fantasy 13,
Anyway, korang dah tengok belum video kat atas ni.. aku tak kisah,
aku tau kebanyakkan daripada korang mesti tak nak klik punya.. tapi
at least, untuk peminat Final Fantasy.. tengok la kat youtube..

----------
Untuk post kali ni memang aku tak nak tulis banyak sebab aku sendiri pon tengah tension
memikirkan Dissidia yang kedua nak keluar dan aku masih ada banyak benda lagi
yang belum dibuat.. tapi, aku akan bagi link untuk artikel penuh..

http://finalfantasy.wikia.com/wiki/Dissidia_012_Final_Fantasy
Jangan risau.. Link ni selamat punya.. blog aku takkan aku post benda yang
berkenaan dengan SCAM!

Friday, September 24, 2010

Iphone Bitch!


Sekarang aku dah ada boleh buat Dual Boot untuk komputer aku..
Ubuntu dengan Windows 7.. perghh~~
----------
Anyway, artikel untuk hari ni ialah berkenaan dengan penggunaan Iphone dan
Malaysia!

Aku  memang tak kisah kalau korang nak atau tak nak guna pakai Iphone..
tapi kalau dah kondem banyak2 macam tu.. agak2 la jugak..
Dengan Iphone jugalah, orang dapat Idea dan Inspirasi baru untuk
buat teknologi Touch Screen...

Lepas Iphone jer.. berlambak-lambak orang nak buat teknologi ni..
tapi, diorang kena ingat yang apa-apa pun, tekbologi dan barangan Apple
masih mendahului apa-apa jenis jenama pon.. walaupun jualan dia tak tinggi
macam yang lain tapi teknologi dia tetap bagus!

Memang Senang!
Kalau korang nak tengok pengguna Iphone ni selalunya digunakan oleh
orang yang memang memerlukan keperluan Internet yang pantas dan cekap,
dan diorang mesti kena ada Iphone. Selalunya Computer Engineer dan
Web Solution memang tak lari kalau diorang tak suka barangan Apple!

Mac Book Pro, Iphone, Ipad dan banyak lagi..
Korang cuma perlu beli sekali jer.. pastu dia punya Apps dan technical
Support sumer free..

Dari segi apa aku tengok kat Internet sekarang ni.. ramai orang
yang kondem Iphone ni macam celaka tapi korang kena berhati-hati yang
kekadang yang kondem ni tak pernah pon ada Iphone atau diorang memang
Haters..
Diorang setakat cari kat Internet jer Disadvantages dia..
Bodoh ke apa tu? =D

Saturday, September 18, 2010

Jangan buat apa yang aku buat!

Apabila korang menggunakan servis Blogger.. korang pernah terfikir
untuk membuat duit dengan menggunakan blog anda sebagai sumbernya?
Pernah? Apa kata korang pergi kat Dashboard Blogger korang dan
tekan Monetize dan diorang akan secara automatik akan menyediakan
tips untuk aktifkan Google Ads kat korang..

Once korang dah aktif kan Account google ads korang.. korang dah
boleh letak ads tu kat mana2 pon bahagian blog korang
dan korang akan terima hantara duit tu apabila berlambak
orang tekan link ads yang ada kat blog korang..

Dan Link ads tu sebenarnya akan generate dengan sendirinya dengan
apa yang ada kat blog korang.. Mungkin kalau korang suka berblog
pasal sukan, dia akan Auto-Generate link ads tu dengan ads-ads pasal
sukan dan sebagainya...

Tapi artikel aku pada hari ni macam biasalah.. Ianya berdasarkan pengalaman
epik aku yang berlaku agak lama juga.. tapi aku saja nak bagitahu
korang a.k.a Si Pembaca pasal aku KENA BANNED OLEH GOOGLE ADS!
-------------

Benda ni sepatutnya kau dah sedar lama lagi lepas aku dah aktifkan
akaun google ads ni.. tapi aku dengan bodohnya pergi klik
link ads tu sebab aku nak duit cepat..
tapi malangnya.. duit tu tak cukup $10 aku dah kena banned..

Yela.. masa tu, siapa tak terfikir yang kita boleh naikkan duit
dalam Google Ads dengan meng-klik link ads tu sendiri..
Ni dikira menipu oleh mereka tapi hakikatnya walaupun
kita klik sendiri.. diorang sebenarnya dapat untung..
Jadi kita yang rugi.. kalau tak percaya.. pergi kaji dulu..

Jadi, untuk pengguna blogger yang baru.. jangan buat apa yang aku buat ni..
Ala.. ada banyak lagi Service ads kita leh dapat..
Macam Nuffnang.. Adsbrite. banyak lagi..
Google Ads Sucks! hahaha~~

Cartoon is Fun!


Fulamak! Dah cecah jugak 30 Followers!
Anyway, mari kita ke artikel utama kita pada hari ni..
Ni juga ada kaitan dengan Site News dalam blog ni,

-----
Telah lama aku rancang untuk buat Komik Kartun tapi bedasarkan
realiti tapi aku masih belum ada komponen yang cukup lagi..
tapi, lepas ni.. aku akan usahakannya..
macam mana bentuk hasil dia nnti, yang tu aku akan
post kemudian hari.

-------
Ni adalah sambungan untuk The Tenggiling's Diary hari tu..

Jadi, berkenaan dengan Diary aku kali ni,,
aku dah bercadang untuk aktif semula ke semua Social Networking.
Bukan tu jer.. aku juga akan rajin update blog ni dengan fakta2 yang best.
Tapi sayang sekali.. aku dengan projek Komik Kartun tu..

Aku rasa mungkin banyak masa aku nnti akan habis dengan sketch kartun
tu dan Illustrate kesemuanya..

Jadi, berkenaan denagn aktiviti dan hobi harian aku pulak..
Aku dah download banyak games.. BANYAK GAMES!
Tapi aku masih belum download Star Wars : Republic Heroes
sebab aku belum jumpa Crack dan Offline account yang bersesuaian..

Anyway, aku dah start semula main The Sims2, minta maaf sangat2 sebab takde
ScreenShots! Sebab aku memang tengah gila2 nak habiskan game tu..
Dah lama betul aku tak main..
Dan aku rasa lepas ni nak try The Sims 2 night life dan kesemua Expansion Pack..
Dan jangan tanya aku beli ke tak.. satu perkataan jer.. Leeching!

-------------
Dengan ini berakhir la The Tenggiling's Diary no.2
aku tahu, mesti pembaca kat luar sana tengah terfikir yang hasil tulisan
aku kali ni agak membosankan..
Sebab ni sahaja yang berlaku dalam minggu ni..
Tapi sebenarnya.. banyak lagi benda Epik yang berlaku.. tapi aku tak nak beritahu
sebab aku segan.. Hehe~ Ok.. Chow~

Wednesday, September 15, 2010

The Tenggiling's Diary #2

Haa~~ Star Wars : Knights of the Old Republic! Kalau korang dah tengok
lambang Lucas Arts yang lama tu.. boleh dikatakan yang game ni dah cecah puluhan tahun la..

---
Anyway, mari kita ke Diary aku yang volume kedua..
Sempena Hari Raya ni.. aku tak pasti siapa yang baca blog aku..
tapi yang pastinya aku nak Minta Maaf kalau korang ada terasa lepas membaca
blog aku.. atau korang sumpah-mnyumpah pasal post aku ke..
Harap maaf sebab apa yang aku post adalah daripada hati aku..

Jadi mari kita beralih ke Hari Epik aku apabila aku dah Men-Download
lebih daripada 4 GB games!!! Dan dia kata error dan game tu Crash..
punya la macam celaka rasanya.. nak tau apa games tu?
Aku takkan bagitahu.. tapi game lama la..

----------
Anyway, berkenaan dengan Kenapa korang harus lari selepas menendang beruang di bahagian
sulit tu masih lagi belum kukuh sebabnya..
jadi aku rasa korang harus tunggu yang best punya!

Apa maksud Epik?

Ni adalah salah satu komen yang aku dapat daripada pembaca blog ni..
Ok.. kat bawah ni.. aku akan tulis untuk menolak balik fakta yang dikeluarkan
oleh budak ni..

1. Aku selalunya akan mengkaji dulu sesuatu sebelum bercakap atau membuat pilihan..
dan macam budak ni, aku memang pasti yang dia tak pernah baca Novel atau
tengok kesemua Movies Star Wars. Walhal, aku sebaliknya dah tengok semua movies
Harry Potter berserta dengan Novel dia..

2. Topeng Asma a.k.a Darth Vader's Helmet tu adalah salah satu cara untuk
Lord Vader untuk bernafas selepas dikalahkan Obi-Wan kat planet Mustafar..
Ni juga adalah salah satu trademark dalam Star Wars.

3. Takde Bab Romance? Heh.. ko tengok betul2 setiap Movies Star Wars..
setiap Movies ada Bab Romance..
Episode 1-3 = Pasal Anakin dengan Padme
Episode 4-6 = Leia dengan Han Solo
Dan aku pasti kalau takde bab romance pon takpe la..
tapi aku sure.. Star Wars punya bab romance tak melampau macam Harry Potter..
(emo pulak tu.. =D)

4. Memanglah setiap movies Star Wars ni berkisahkan pasal "Jedi".
sebab itu adalah Main Story dia.. tapi kalau ko nak tengok jalan cerita Pasal
Clone Trooper, ko leh main Battlefront 2 atau Republic Commando..
Kalau nak tengok jalan cerita sith.. ko leh main Star Wars : Knights of the Old Republic..

Cerita STAR WARS paling tak boring dan dia sentiasa boleh berkembang..
tak macam Harry Potter.. duk terperuk pasal Magic jer..
tak berkembang jalan cerita..
cara diorang lawan pon cam bangang jer..

At least, Jedi ada Martial Arts.. cara untuk berlawan guna
Lightsaber dan mengawal Force..

Harry lak.. tak abis2 dengan magic dia yang bangang tu..
"Avada Kedavra tu pon cam bangang gak..)

5. Macam aku kata la.. aku dah try sedaya upaya untuk mendalam cerita
Harry Potter ni.. tapi aku still tak dapat gak,
lain cerita.. Lord of The Rings pon lagi best daripada Harry Potter.

6. Star Wars merupakan movies yang pertama yang memberi inovasi
kepada Studios dan Director untuk buat cerita Sci-Fi.

Bayangkanlah.. Star Wars Episode 4 dikeluarkan masa tahun 1977!
Mana ada movies macam Star Wars masa tahun tu..
lagi2 pulak..  dengan Idea Alien tu semuanya..

Orang selalu menganggap yang alien tu adalah menakutkan dan jahat.
Tapi George Lucas buat mereka ni lagi simple dan friendly..

-------
Fahamkan betul2 maksud Star Wars..
dia adalah peperangan galaksi..
ada romance..
ada plot pasal pengkhianatan jedi a.k.a The Great Jedi Purge / Order 66
Idea pasal Clone
Idea lightsaber yang pertama dan juga blaster
Idea pasal Design Alien
Design Spaceships dan berbagai lagi..

Takkan ada cerita pasal Science Fiction yang lagi best daripada Star Wars

Tuesday, September 14, 2010

Kenapa korang harus lari selepas tendang beruang di bahagian Sulit!


Buat pertama kalinya aku demam pada hari raya.. woo hoo~
Anyway, artikel aku pada hari ni berkenaan dengan Kenapa korang harus lari
selepas menendang beruang di bahagian sulit"
----------
Sebelum korang mengomen di Chat Box atau Comment Section kat bawah ni..
aku terang2 nak cakap yang ni adalah antara Fakta Bodoh dan Artikel
Kenapa dan Mengapa aku kat blog ni... tapi kalau korang nak ikut
cara ni pon boleh gak..

1. Sebab diorang akan kejar korang balik..

2. Besar kemungkinan dia akan tendang di tempat yang sama.

3. Sebesar-besar kemungkinannya dia akan baham bahagian sulit korang.

Aku ada post ni kat Blog lama dan tak pasti kalau kroang ingat lagi..
jadi lepas ni aku akan lebih giatkan keluar fakta macam ni..
tapi aku rasa yang ni lain sikit daripada Blog lama aku..
takpe,, kalau aku dah jumpa post lama tu..
aku akan sedaya upaya untuk recover dia balik..

Monday, September 6, 2010

The Tenggiling's Diary #1

Haih.. letih betul aku Install dan Uninstall benda ni berulang kali, tapi akhirnya dapat
gak aku main Star Wars Battlefront 2.. walaupun versi cetak rompak punya
tapi kira puas hati la dapat main jugak..

Tapi biasa la.. Kualiti mesti terjejas punya kalau buat macam ni..
tapi apakan daya.. aku masih pelajar dan tak berduit..
---------------

Dah nama pon Tenggiling's Diary jadi untuk post kali ni berkaitan dengan hidup
aku jer la.. jadi harap korang tak mual baca post ni..
kalau mual gak.. minta maaf sesangatlah..

Sebab ni blog aku.. ikut suka aku la..

Anyway,
aku nak start dengan aktiviti aku kebelakangan ni,
aku ada ceburkan diri aku dengan bidang fotografi sempena
Sony Photograh 2010 tu..

Tapi, apa yang paling epik aku dan kawan-kawan aku dah buat
ialah dengan menyiapkan assignment tu dalam masa 2 Hari manakala
budak-budak sekolah lain dapat lebih dari sebulan...

Tapi kitorang percaya yang kumpulan kitorang akan terpilih untuk
masuk ke Kem Sony tu.. harap2 memang dapat masuk la..
---
Tak banyak yang berlaku pada masa ni,
tapi Insya Allah.. kalau ada benda yang epik dan lawak
yang berlaku kat hidup aku.. aku akan post kat blog ni..

Sunday, September 5, 2010

12 Makanan Kegemaran Nabi Muhammad

Pada hari ni, tak banyak sangat artikel yang aku nak tulis..
tapi hari ni berkaitan dengan Makanan-Makanan yang digemari Nabi Muhammad.
Jadi, untuk korang di luar sana yang masih makan makanan ringan dan
tak berkhasiat.. harap-harap tukar la cepat tabiat korang tu..


-----------
Mari kita Mulakan dengan Makanan no.1
1. Barley ( جو jau): Good in fever, while use in a soup form.


2. Dates ( کھجور ): The Prophet (S.A.W.W) said that a house without dates has no food. It should also be eaten at the time of childbirth.

3. Figs ( انجير ): It is a fruit from paradise and a cure for piles.

 4. Grapes ( انگور ): The Prophet (S.A.W.W) was very fond of grapes – it purifies the blood, provides vigour and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.


5. Honey( شہد ): Considered the best remedy for diarrhoea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm; as a meat preservative, hair conditioner, eye soother and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water.

 6. All types of Melon ( تربوز- خربوزا- سردا): The Prophet (S.A.W.W) said: ‘None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring that is good in countenance and good in character.’


7. Milk: The Prophet (S.A.W.W) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, improves the brain, renews vision and drives away forgetfulness.

8. Mushroom : The Prophet (S.A.W.W) said that mushroom is a good cure for the eyes; it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.

9. Olive Oil ( زيتون): Excellent treatment for skin and hair, delays old age, and treats inflammation of the stomach.


10. Pomegranate ( انار): The Prophet (S.A.W.W) said it cleanses you of Satan an evil aspirations for 40 days.

11. Vinegar ( سرکہ ): A food Prophet Muhammad (S.A.W.W) used to eat with olive oil. [That's now a fashion in elite Italian Restaurants]

12. Water ( پاني ): The Prophet (S.A.W.W) said the best drink in this world is water, when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver. -----
Diambil secara kasar daripada:
http://www.kamimalaysia.com/2010/05/25/12-makanan-kegemaran-nabi-muhammad-s-a-w/comment-page-1/#comment-245

Dan terima kasih kerana baca dan harap makanan ni boleh jadi makanan kegemaran korang
pulak! =D

Katamari of Love!

Selepas korang baca blog post aku ni, aku harap korang boleh amik
pengajaran daripada Lyrics dalam game ni..

----
Anyway, nama game ni ; Katamari Damacy..
aku boleh katakan yang ini adalah salah satu game yang paling under-rated
dan tak popular sangat macam game-game lain..

Tapi, game ni bawak message yang sangat mendalam..

Korang dengar lagu ni.. dan korang ikuti dengan Lyrics dia sekali..



Lyrics Romaji:
Aoku sunda kono hoshi wa odayaka ni mawatteru
Dakedo kanashii dekigoto ga taemanaku tsuzuiteru

Naze bokura wa kizu tsukeau no ka
Wakariau koto ga yasashisa o umu no ni

LOVE tsunagaritainda
Sousa kitto ooki na kokoro ni naru
TRY makikomitainda
Tomaranai youni sono ai wo hashirasete
Itsu made mo bokura tsunatteku

Mieru kai? Fufu, kore ga bokutachi no chikyu da
Utsukushii hoshi. Beautiful Star
Kagayaku tameni wa hitsuyo na mono ga aru
Sore wa shizen o ai suru kokoro
Balance no toreta shokuseikatsu
Jubun na suimin
Hi ni yaketa hada...

Kawaita kokoro dewa hitotsu ni wa narenai

LOVE tsunagaritainda
Takai kabe ga tachifusagatte mo
TRY makikomitainda
Ibitsu na kokoro wa subete o tsutsumikomu
LOVE tsunagaritai---

Ah--- yagate hikari kagayaku seiza to nare

Yang ni pulak Lyrics dalam English:
This blue planet spins so peacefully
Yet the sadness never goes away

Why do we keep hurting one another?
When all it takes is a little kindness, a little understanding?

LOVE. Connect with one another
Then our hearts will beat as one
TRY. We want to roll everything in
Then we can all be together
Don't stop, let the love flow
Then we will be together forever

Do you see this is our planet?
Such a beautiful star...
There are just a few things we need in order for it to shine,
All we need is: Love for the Green Mother
A well balanced diet
Plenty of sleep
And nice tan to boot!

With empty hearts, we cannot be as one

LOVE. Connect with one another
Despite the walls that exist between us
TRY. we want to roll everything in,
Roll in even the broken hearts

LOVE. We should all be rolled in as one

Ah! We shall all become bright shining stars!
 

----
Jadi, sekarang korang dah faham apa message yang dibawa dalam game tu?
 sekarang aku nak post beberapa gambar yang berkenaan dengan game tu

  

Tuesday, August 31, 2010

Genius? Atau sebaliknya!

Hey Yo!
Uish.. lepas GengBlogger dah down... lepas ni agak sukar untuk aku tarik perhatian orang
untuk masuk ke Blog aku..
Apa-apa pun, mari kita ke artikel hari ni..

--------------------------------------
Ok, artikel aku pada hari ni pasal Genius.
Aku ada dapat beberapa message daripada kawan aku, bukan tahun ni..
daripada tahun sebelum ni jugak.. pasal hal Genius ni..

Macam biasala.. ni blog aku dan aku akan keluarkan
teori dan konspirasi aku yang mungkin korang boleh terima atau tidak...

Lagipun, Genius bagi aku adalah orang yang mempunyai kelebihan
dalam sesuatu benda dengan usaha sendiri.
Faham? Usaha sendiri? Faham tak?

Maksudnya, genius ni bukan sahaja dikurniakan dengan otak yang lengkap
dengan akal dan sebagainya.. tapi diperlukan juga usaha
yang mendalam dan berterusan.

Bagi aku, Setiap manusia dilahirkan dengan kepandaian dan kebodohan
yang sama rata.. TAK PERCAYA?
Yang membezakan diorang adalah ukur panjang kejayaan dan usaha sendiri.
TAK PERCAYA?

Tu adalah hak korang untuk percaya atau tidak.
Korang carilah mana orang yang korang gelarkan "Genius" tu dengan cara hidup diorang..
diorang bukan duduk goyang kaki dan sebagainya.. malah diorang berusaha keras..
Kita semua adalah Genius. Kita semua mempunyai darah yang sama.
Kita semua datang daripada Nabi Adam.

Jadi kenapa kita dilabel-labelkan macam zaman sekarang ni? Ha~~
Itulah dia penangan sesat yahudi zionis. Diorang dari dulu lagi dah try
nak sesatkan kita dan try nak jatuhkan semangat orang Islam.
Kalau korang cari balik la. Korang ada jumpa tak pasal Tokoh Islam ni
digelar Genius? Pastu korang cari, berapa ribu tokoh Yahudi dan Kristian
digelar Genius? Nampak tak?

Ni semua adalah propaganda daripada diorang.. Malah cara kita belajar
pon sudah dikawal diorang. Sebab tu kita kena sedar dan bertindak sekarang.

Anyway, berbalik kepada tajuk asal pasal Genius tu.
Memang tidak dinafikan sesetengah orang dilahirkan dengan kepandaian
sedikit mengikut profession masing2.
Mungkin sesetengah orang Genius takat Matematik
Mungkin sesetengah orang Genius takat Seni Lukisan.
Setiap manusia mempunyai keunikan masing-masing.

Jadi korang perhatikanlah betul-betul hidup korang dan nilaikanlah dengan
sendiri. Aku tak nak keluarkan orang-orang yang diorang gelar GENIUS
dan aku tak nak kritik diorang tapi
diorang buat apa yang diorang suka dan jadikannya sebagai satu profession.
Macam aku kata, Ia diukur dengan panjang ukur kejayaan.

Saturday, August 28, 2010

Fikir!


Hari tu aku pernah ada terbaca di dalam satu petikan yang
menyatakan bahawa lelaki banyak berfikiran seks daripada Ilmu..
aku terus terang reply dengan mengatakan

"Takkan kaum wanita tak fikir macam tu kot??"

Fikirkanlah.. kita semua adalah manusia dan semau manusia mempunyai nafsu..
agak sukar bagi mereka untuk tidak terfikir-fikirkan pasal adegan seks..
tapi jangan melampau la sampai boleh jadi kes rogol...
tu memang dasar mintak penampar jer..

Bagi aku.. aku juga seorang pemikir selain daripada Dato' Fadzilah Kamsar..
korang nak tau apa yang aku fikirkan?
Terlalu banyak untuk aku terangkan dan jelaskan lagi..

tapi aku akan bagi beberapa point yang mungkin korang boleh
faham..

1. Aku selalu fikirkan tentang rekaan bentuk2 animasi
atau komputer supaya senang aku mendapat inspirasi untuk teruskan projek
seterusnya..

2. Aku selalu fikirkan efek apa yang aku dah buat dan apa yang
akan aku buat.. aku sebenarnya memang tak suka akan benda2 yang boleh membawa
kepada saat-saat nostalgia.. sebab aku memang tak suka nak patah
ke belakang balik.. sebab 'Once' aku dah pijak ke hari yang
baru.. hari semalam aku biarkan supaya hari ni aku akan buat lagi baik..

tapi.. lain maksud.. aku sebenarnya berfikir dulu sebelum aku bertindak!

3. Fikirkan tentang masa hadapan!
Macam Jedi la pulak

"Be mindful of the future, you must!" - Yoda

Aku bukan nak berlaku syirik ke apa.. tu saja jer aku petik daripada
ayat Grand Master Jedi Yoda.. lagipun, fikirkan pasal masa hadapan
dan tentang benda2 yang berlaku zaman sekarang ni.. aku rasa korang
pon mesti excited gila untuk pelajari semuanya..
kecuali kalau kroang jenis yang suka membazir masa kat Social Networking..

Anyway, tapi aku harus ingatkan korang.. yang dengan berfikir-fikirkan tentang
masa hadapan, kena berhati-hati sedikit.. sebab segala penentuan
dilakukan oleh Allah SWT.


------------------------------------------------
Aku rasa mungkin tu jer yang aku dapat keluarkan buat sementara waktu..
relax la.. aku bukan pensyarah ke hapa ke.. tapi aku nak buktikan
kat orang yang mengeluarkan fakta2 yang tak tepat tu yang orang lelaki
tidak kesemuanya asyik fikirkan seks..

Wednesday, August 25, 2010

Harry Potter VS. Star Wars



Sudah berapa lama aku tak update, eh?
Anyway, mari kita ke topik yang asal..
Ni pasal aku borak dengan kawan aku la.. kawan sekelas kat sekolah..
dan jadilah satu topik yang diungdang tanpa disedari..

Harry Potter VS. Star Wars..

Seperti yang korang tahu.. aku memang minat Star Wars tahap extreme,
tapi macam biasa jugak.. aku tengok movie Harry Potter..
Tapi macam biasa.. aku langsung tak tertarik nak tengok cerita tu lagi sekali
tak macam star wars yang dah berkali-kali aku tengok tanpa rasa jemu..

Apa yang Star Wars bagus daripada Harry Potter (Bagi pandangan aku lah!)

 Cerita Star Wars tak se-Emo cerita Harry Potter!
Macam korang dan aku juga tengok cerita Harry Potter,
Setting Cerita dia agak emo dan storyline dia emo dan
character dalam tu pon Emo.. tapi diorang try nak buat lawak
walaupun tak jadi..

Tapi diorang takleh lawan ke-emo-an cerita Twilight..
pernah tengok cerita Twilight Eclipse?
10 Minit terakhir yang aku baru teruja tengok cerita tu..
yang lain macam sampah..

Anyway, kalau korang tengok cerita Star Wars.. aku rasa boleh katakan
takde satu pon Elemen Emo, macam nafas dekat2, sampai
efek bunyi nafas pon boleh dengar..

Pastu cakap perlahan-lahan macam perogol jer..
ehem ehem.. korang perhatikanlah

Jadi, untuk kawan-kawan aku yang dah habis baca post blog aku ni..
harap-harap korang faham-fahamlah..

Cerita Star Wars bukanlah ganas.. malah, tu adalah salah satunya
cerita perang yang langsung takde Darah... dan tak ganas pon
dan takde unsur seks melampau macam cerita lain..

Mungkin ni bagi aku.. tapi apa kata korang pulak?
aku akan amik sebarang komen sebagai satu pendapat!


P/S: Aku rasa topik kali ni macam tak berkualiti sangat
tapi, biasalah.. lepas dah tak update hampir sebulan sebab takde masa..

Wednesday, August 4, 2010

Semua beli Original!

Sori sesangat sebab aku tak berkesempatan untuk mengambil gambar Webcam aku
yang berteknologi ni sendiri.. sebab takde masa..

Anyway, dengan post ini juga aku akan mengembangkan sedikit sebanyak tentang
hubungan penggunaan webcam dengan seks bebas..
Amacam? Dah tak sabar nak baca dah?
----------------------------------------

Jadi, untuk post kali ni, aku bercadang nak kongsi sedikit pasal satu event
yang akan melanda dan menusuk ke dalam hati fans Manga Comic..

Semalam bila aku search kat memana website favourite aku,
 untuk baca manga.. semuanya dah tak boleh akses lagi..
lagi pulak tu,

Roms yang aku download pon sekarang diorang kena tahan atas nama
Licensed juga.. tak percaya? Korang try la bukak website yang korang selalu
download games free, aku punya semua dah kena banned terutamanya
Romulation.net..

Jadi, lepas ni terpaksa la beli orignal kan? BEST KAN??!
Anyway, aku nak keluarkan beberapa pendapat kenapa diorang buat macam ni..

1. Pelukis manga tu dah tension apabila tengok Artwork diorang di-upload ke Internet
secara haram tanpa minta izin darinya dan tanpa minta izin dari publishernya..

Bukan tu jer..  kalau ni berterusan.. lambat-laun pelukis tu sendiri pon dah naik
malas melukis sebab efek lepas tengok artwork dia dijual macam tu jer..
Bukan jual Original tapi Baca FREE kat internet..

kita kena faham la jugak perasaan diorang.. Bukan setakat Publisher jer jamm..
tapi Pelukis Komik tu pon ada perasaan gak.. dia bukan setakat melukis
pastu amik gaji.. tapi dia melukis dengan "PASSION"

Enthusiasm = An ability to do your job well

2. Ini untuk Roms game yang di-download kat Internet secara haram..
Kalau nak diikutkan.. tujuan sebenarnya wujud Roms dan Emulator ni
adalah untuk Owner Server website tu untuk mempromosikan
game tu supaya orang yang dah test game tu lagi berminat untuk membelinya..

Tapi sekarang, diorang dah gunakan kemudahan tu untuk kepentingan diri sendiri..
Sebab tu ramai orang lagi prefer main game NDS dengan GBA kat komputer..
sama la jugak games2 PC yang diorang download kat Internet,
Jadi tak perlulah orang nak beli konsol game tu sedangkan diorang dah boleh
main secara FREE kat PC.. betul tak?

Secara terus terang.. aku pon buat macam tu.. tapi niat aku nak beli semua
game Original sejak aku ada PS2 lagi.. tapi apakan daya..
aku nak beli komik original pon ada pernah sekali jer.. tu pon
Kingdom Hearts 2 Volume 1,
tu pon dah cecah harganya RM 39.XX

Ni kan pulak nak beli game PS2 ORIGINAL? hpmh..

Sunday, August 1, 2010

Star Wars VS. Star Trek


STAR WARS!
Siapa lah yang tak pernah dengar nama movie block-buster ni..
tak kira kalau korang fans Star Trek ke.. aku boleh katakan
Fans Star Wars lagi berlambak daripada Fan Star Trek..

Anyway, aku bukan nak timbulkan pergaduhan antara Fans Star Wars dengan
Star Trek.. tapi artikel aku pada malam ahad ni agak panjang sikit. sebab aku nak ceritakan
sedikit sebanyak pasal sejarah STAR WARS!

----------------
Terdapat banyak Filler untuk filem dan series Star Wars..
antaranya korang boleh dapat kat

Star Wars : Knights of the Old Republic
Star Wars : Empire at War
Star Wars : Force of Corruption
Star Wars : The Force Unleashed 1 and 2
Star Wars : Knights of the Old Republic 2 : Sith Lord

banyak lagi, dan banyak lagi korang boleh cari kat merata-rata tempat..
tak kira games, tak kira movie malah tak kira yang original atau cetak rompak pon ada..
(bukan versi yang hack la)

Sambungan kepada Cerita Star Wars sentiasa "boleh" dan takde limitnya..
tapi bila aku Expand gila2 citer Star Wars, aku tak boleh la nak kondem
Cerita Star Trek sangat.. tapi~ aku tak tahu kenapa sampai sekarang
aku tak suka Star Trek..
Terutama lelaki yang Hairstyle dia macam tempurung kelapa tu..

P/S: Tolong komen kat bawah untuk siapa2 yang tahu nama dia..

Untuk cerita Star Wars yang selanjutnya.. aku akan update,
dan Post ni akan disambung lagi kepada Star Wars VS. Star Trek 2,
lepas aku dah habis tengok movie dia..

Saturday, July 31, 2010

One Manga = Total DESTRUCTION!!!

Nampak clear tak? Gambar kat atas tu?
Terang-terang dia tulis bahawasanya One Manga "mungkin" tidak sama sekali
akan update Website diorang dengan Manga2 yang di-pirate oleh
Scanlated (Scanner and Translator)

Benda ni tak silap aku, aku pernah baca yang pihak pelukis manga ni nak ambik
tindakan, tapi tak tahu pulak aku yang sampai macam ni tindakan diorang terhadap
scanlated teams.. kalau macam ni, terpaksa la aku beli manga original..

Aku rasa, lepas ni.. manga2 yang dijual kat kedai runcit yang sudah di-translate ke
Bahasa Melayu tu pon akan takde nnti kot? Tapi aku memang tak minat yang jenis
macam tu punya..

P/S: Kenapa la jadi macam ni, tapi nasib baik aku ada Manga Stream

Manga Stream tak ada banyak manga, tapi diorang hidangkan manga2 yang top dengan
episode yang latest macam Naruto Episode 504 dan berbagai lagi..
tapi kalau korang nak baca Full Metal Alchemist kat mangastream memang tak
dapat la.. sbb diorang sediakan Shounen Jump jer..

Huhu, hehe, dan haha!

Gambar kat atas ni sebenarnya takde kaitan dengan artikel aku pada malam sabtu ni..
Tapi, sebab aku hampir nak abis download The Dark Knight.. aku bersemangat
cari watak joker pulak..

Ehem~ Anyway, artikel aku pada malam ni berkisar tentang News Feed kawan-kawan
aku kat Facebook yang selalunya akan menambah perkataan macam kat atas tu..
"Huhu, hehe, haha!"

First sekali aku nak tanya diorang.. yang diorang sebenarnya jujur ke cakap tu sumer,
sbb bagi aku.. diorang macam terpaksa atau saja2 nak tambah emosi dalam diorang
punya News Feed.. tapi selalunya, News Feed yang ada tambahan macam ni
la yang merosakkan minda..

Tak bagi sumer orang.. tapi bagi aku, ya!
Efek-Efek special ni hanya boleh dapat start pada pukul 12 tengah malam
sampai besok pagi.. tak caya? Try jaga.. mesti ramai yang type
Haha, hehe, huhu!

Aku ada keluarkan beberapa faktor yang menyebabkan diorang tulis ayat2 magic tu..

1. Kemungkinan besar diorang sebenarnya tengah ngantuk dan perlukan
satu emosi atau kata-kata yang boleh meng-cover ngantuk diorang..

2.Hypokrit

3.Diorang dah takde ayat lain

4.Saja nak tarik perhatian dan

5.Diorang takde kerja

Untuk korang kat luar sana tu yang dah abis baca post aku yang kali ni..
Aku merayu!! Tolonglah berhenti penggunaan kata-kata tu..
Aku dah tak boleh tahan lagi..

P/S: Semua hasil tulis aku kat atas ni sebenarnya hanya merapu dan hanya bergurau
sebab tu aku labelkan dia sebagai Fakta Bodoh!

Amacam? Ha.. skang korang boleh la cakap kat depan PC korang "Wakenabeb"

Zaman Paleolitik yang SEBENAR!

Korang masih ingat lagi tak sejarah masa Form 1 dulu.. masa kita belajar
pasal Zaman2 Dahulu-kala? Ingat lagi tak?
Yang kita belajar orang dulu ni, tinggal dalam gua.. diorang tak berpakaian
dan bodoh..

Sebenarnya, dengan duka citanya.. aku nak beritahu korang yang.. itu
semua adalah satu penipuan!

Aku tak tau, siapa sebenarnya yang kaji tu semua.. kita berbalik mula kepada
ajaran Islam..

Manusia dan Nabi pertama yang diturunkan Allah ke muka bumi ni siapa?
Nabi Adam a.s. kan? ok.. sekarang, aku nak pointkan beberapa soalan..
Beginikah cara Nabi Adam hidup? Hidup di dalam gua?
Tidak berpakaian dan tidak berilmu..

Apa yang dilakukan Nabi Adam a.s. saya sendiri tidak tahu dan
saya sendiri tidak mahu katakan apa2 sebab Ianya boleh membawa kepada
Fitnah..

Anyway, sebenarnya.. apa yang orang ramai tak tahu.. aku telah membuat kajian
ini berdasarkan fakta yang tepat dan benar dan berdasarkan teori aku sendiri..

1. Sejak dari dahulu lagi.. manusia sudah lama mempunyai Ilmu dan sudah pandai
berbahasa.. Dan jangan terkejut kalau aku cakap yang orang dulu sebenarnya
sudah Wujud Physician dan Mathematician.. si pakar matematik dan
ahli Fizik

Juga tidak ketinggalan Alkimia yang menguruskan bahan2 kimia dan perubatan..

Korang tak percaya?

Kalau lah kiraan orang2 dulu tak tepat dan tak pandai..
Jadi bagaimana banggunan yang diorang bina hanya menggunakan
pasir dan batu boleh bertahan hingga zaman sekarang?
Binaan mereka jugak langsung tidak ada"Piling" dan berbagai lagi..

Tapi bertahan selama berjuta-juta tahun.. pelik? tapi benar...

2. Kajian sudah membuktikan yang berjuta-juta dahulu.. sudah terciptanya
sebuah bateri , bateri tersebut tidak diketahui untuk digunakan untuk apa..
tapi apa yang aku pasti.. Bateri itu sudah membuktikan bahawa orang
dulu sudah pandai mengendalikan teknologi berelktrik..

Begitu juga dengan sistem Haba di mesir.. dengan menggunakan tenaga
Haba diorang boleh generate tenaga.. jadi tidak hairanlah
kalau dulu2 lagi sudah terlahir

Ahli Fizik, Ahli Matematik yang hebat2!!
Macam Galileo Galilei, Isaac Newton dan macam2 lagi..

3.Evolusi dari beruk kepada Manusia?
Aku pon pernah "ter"percaya benda ni masa aku kecik2 dulu..
tapi beberapa hari lepas tu baru aku terfikir..  Bagaimana pulak
manusia di-evolusi daripada Beruk sedangkan "MANUSIA" pertama
adalah Nabi Adam.. sejak dari hari tu.. aku tak pernah percaya benda2
mengarut yang diuar-uarkan oleh orang Kristian dan Yahudi..

Kalau korang nak lebih lanjut lagi.. korang boleh pergi ke Page website ni..
http://www.technology.am/best-ancient-gadgets-093119.html


Kesimpulannya... nnti korang boleh la cakap dengan Cikgu Sejarah korang yang
terdapat penipuan dalam buku teks tu.. huahaha~~ ( kalau korang berani,
try at YOUR own risk...)

P/S: Anyway, kalau aku ada tersalah tulis kat atas ni, tolong tegur kat bahagian komen di bawah

Friday, July 30, 2010

The Laws of Tandas Awam!


Yayyy! Tajuk untuk artikel aku hari ni panjang!
Dan sebelum korang tercengang-cengang baca post artikel aku pada hari ni
berkenaan dengan "Apa yang korang perlu buat apabila berada di dalam Tandas",
aku nak mengingatkan korang yang artikel ni adalah tergolong dalam Fakta Bodoh..
Tiada kena mengena dengan realiti kehidupan..
Tapi kalau korang nak ikut.. aku tak boleh halang apa2 lagi..

1.Pastikan ada Air dahulu sebelum membuang!
-Basics-basics untuk membuang di dalam tandas awam mengancam kerana
The Laws of Tandas dia akan sering berubah.. eh.. maksud aku,
takde air la.. takde air.. jadi, sebelum korang betul-betul tergesa nak buang
air tu, pastikan ada air dulu.. air paip la..

Aku masih ingat lagi kisah kawan aku, aku tak tau kalau dia masih baca blog aku lagi
ke tak.. tapi masa Form 2, dia memang dah terdesak gila dan terus jer membuang di
dalam tandas sekolah tanpa Check ada ke takde air paip..

Lepas dia membuang tu la.. tercatat satu sejarah yang paling best kat batch kitorang..
Dia terus jer gunakan Seluar Dalam dia untuk mengelap bahagian-bahagian yang terkena
najis.. Kitorang tau dia buat macam tu pon sebab kawan baik dia barua kat
kitorang.. BEST KAN??! KAN?!!

2.Pastikan Mangkuk Jamban tu sudah dibilas!
-Bagi aku, membilas mangkuk jamban kat tandas awam tu lagi penting daripada
makan nasi lemak untuk sarapan...

Membilas jer mangkuk tandas tu akan membebaskan korang daripada samak
lepas menggunakannya..

Tak lah.. aku gurau jer.. anyway, aku memang tak rekomen korang untuk
terus duduk atas mangkuk tandas awam macam tu jer..
sebab Allahuallam apa yang ada kat atas tu..

Ada beberapa kemungkinan:
-Najis
-Air kencing
-Bahan2 lain yang meloyakan..

Kesimpulan dia.. pastikan tempat korang ber-istinjak tu bersih..

3.Flush selepas menggunakannya!
-Apabila korang dah habis membuang kat tandas awam tu,
cuba korang blah jer tanpa flush tandas tu..

Orang yang kemudian nak guna tandas tu mesti pandang slack kat ko..
HAHAHHAHA~~ aku suka part ni.. HEHE~~

----------

Jadi ini sajalah untuk Fakta bodoh terbaru aku untuk hari ni..

P/S: Aku akan repost balik post aku yang lama.. jadi~~ jangan risau..
terutama post yang best!

Nuffnang dah Cari Pasal?

Buat masa sekarang ni, aku tak rekomen korang untuk meng-klik butang
di bawah yang "relative post" tu,
sbb post2 sebelum ni semuanya aku dah bung,
lepas ni.. aku akan jaga kualiti post aku dan tambah lagi fakta2 menarik..

P/S: Kalau boleh, tolong la buat survey kat Nuffnang aku.. Insya Allah.. aku akan
tolong korang pulak!

Title aku tu.. saja jer aku tulis macam tu, sebenarnya ni adalah untuk Site News kedua!
Ok, Chow~

Bersih balik Blog aku

Setelah sekian lama aku berfikir.. akhirnya, aku dah mula nak start balik
blog ni daripada Mula.. so~ lepas ni, kalau sesiapa yang idam-idamkan
post lama aku sebelum ni, aku akan re-post balik... tak kira
sama ada korang mintak atau tak..

Sempena dengan ini, aku jugak ada buat blog lagi satu,
tapi blog ni Blog berbahasa Inggeris
Darth Danial : Danial's Strikes Back!

Macam biasa la.. lepas jer tanda " : " aku mesti akan
letak ayat killer aku..

Anyway, aku rasa tu jer la Site News untuk hari ni..
Bye~