Friday, July 30, 2010

The Laws of Tandas Awam!


Yayyy! Tajuk untuk artikel aku hari ni panjang!
Dan sebelum korang tercengang-cengang baca post artikel aku pada hari ni
berkenaan dengan "Apa yang korang perlu buat apabila berada di dalam Tandas",
aku nak mengingatkan korang yang artikel ni adalah tergolong dalam Fakta Bodoh..
Tiada kena mengena dengan realiti kehidupan..
Tapi kalau korang nak ikut.. aku tak boleh halang apa2 lagi..

1.Pastikan ada Air dahulu sebelum membuang!
-Basics-basics untuk membuang di dalam tandas awam mengancam kerana
The Laws of Tandas dia akan sering berubah.. eh.. maksud aku,
takde air la.. takde air.. jadi, sebelum korang betul-betul tergesa nak buang
air tu, pastikan ada air dulu.. air paip la..

Aku masih ingat lagi kisah kawan aku, aku tak tau kalau dia masih baca blog aku lagi
ke tak.. tapi masa Form 2, dia memang dah terdesak gila dan terus jer membuang di
dalam tandas sekolah tanpa Check ada ke takde air paip..

Lepas dia membuang tu la.. tercatat satu sejarah yang paling best kat batch kitorang..
Dia terus jer gunakan Seluar Dalam dia untuk mengelap bahagian-bahagian yang terkena
najis.. Kitorang tau dia buat macam tu pon sebab kawan baik dia barua kat
kitorang.. BEST KAN??! KAN?!!

2.Pastikan Mangkuk Jamban tu sudah dibilas!
-Bagi aku, membilas mangkuk jamban kat tandas awam tu lagi penting daripada
makan nasi lemak untuk sarapan...

Membilas jer mangkuk tandas tu akan membebaskan korang daripada samak
lepas menggunakannya..

Tak lah.. aku gurau jer.. anyway, aku memang tak rekomen korang untuk
terus duduk atas mangkuk tandas awam macam tu jer..
sebab Allahuallam apa yang ada kat atas tu..

Ada beberapa kemungkinan:
-Najis
-Air kencing
-Bahan2 lain yang meloyakan..

Kesimpulan dia.. pastikan tempat korang ber-istinjak tu bersih..

3.Flush selepas menggunakannya!
-Apabila korang dah habis membuang kat tandas awam tu,
cuba korang blah jer tanpa flush tandas tu..

Orang yang kemudian nak guna tandas tu mesti pandang slack kat ko..
HAHAHHAHA~~ aku suka part ni.. HEHE~~

----------

Jadi ini sajalah untuk Fakta bodoh terbaru aku untuk hari ni..

P/S: Aku akan repost balik post aku yang lama.. jadi~~ jangan risau..
terutama post yang best!

1 comment:

  1. yess.... check AIR tu memang penting...kalau tak sure kelam kabut...

    ReplyDelete