Wednesday, August 4, 2010

Semua beli Original!

Sori sesangat sebab aku tak berkesempatan untuk mengambil gambar Webcam aku
yang berteknologi ni sendiri.. sebab takde masa..

Anyway, dengan post ini juga aku akan mengembangkan sedikit sebanyak tentang
hubungan penggunaan webcam dengan seks bebas..
Amacam? Dah tak sabar nak baca dah?
----------------------------------------

Jadi, untuk post kali ni, aku bercadang nak kongsi sedikit pasal satu event
yang akan melanda dan menusuk ke dalam hati fans Manga Comic..

Semalam bila aku search kat memana website favourite aku,
 untuk baca manga.. semuanya dah tak boleh akses lagi..
lagi pulak tu,

Roms yang aku download pon sekarang diorang kena tahan atas nama
Licensed juga.. tak percaya? Korang try la bukak website yang korang selalu
download games free, aku punya semua dah kena banned terutamanya
Romulation.net..

Jadi, lepas ni terpaksa la beli orignal kan? BEST KAN??!
Anyway, aku nak keluarkan beberapa pendapat kenapa diorang buat macam ni..

1. Pelukis manga tu dah tension apabila tengok Artwork diorang di-upload ke Internet
secara haram tanpa minta izin darinya dan tanpa minta izin dari publishernya..

Bukan tu jer..  kalau ni berterusan.. lambat-laun pelukis tu sendiri pon dah naik
malas melukis sebab efek lepas tengok artwork dia dijual macam tu jer..
Bukan jual Original tapi Baca FREE kat internet..

kita kena faham la jugak perasaan diorang.. Bukan setakat Publisher jer jamm..
tapi Pelukis Komik tu pon ada perasaan gak.. dia bukan setakat melukis
pastu amik gaji.. tapi dia melukis dengan "PASSION"

Enthusiasm = An ability to do your job well

2. Ini untuk Roms game yang di-download kat Internet secara haram..
Kalau nak diikutkan.. tujuan sebenarnya wujud Roms dan Emulator ni
adalah untuk Owner Server website tu untuk mempromosikan
game tu supaya orang yang dah test game tu lagi berminat untuk membelinya..

Tapi sekarang, diorang dah gunakan kemudahan tu untuk kepentingan diri sendiri..
Sebab tu ramai orang lagi prefer main game NDS dengan GBA kat komputer..
sama la jugak games2 PC yang diorang download kat Internet,
Jadi tak perlulah orang nak beli konsol game tu sedangkan diorang dah boleh
main secara FREE kat PC.. betul tak?

Secara terus terang.. aku pon buat macam tu.. tapi niat aku nak beli semua
game Original sejak aku ada PS2 lagi.. tapi apakan daya..
aku nak beli komik original pon ada pernah sekali jer.. tu pon
Kingdom Hearts 2 Volume 1,
tu pon dah cecah harganya RM 39.XX

Ni kan pulak nak beli game PS2 ORIGINAL? hpmh..

No comments:

Post a Comment