Tuesday, August 31, 2010

Genius? Atau sebaliknya!

Hey Yo!
Uish.. lepas GengBlogger dah down... lepas ni agak sukar untuk aku tarik perhatian orang
untuk masuk ke Blog aku..
Apa-apa pun, mari kita ke artikel hari ni..

--------------------------------------
Ok, artikel aku pada hari ni pasal Genius.
Aku ada dapat beberapa message daripada kawan aku, bukan tahun ni..
daripada tahun sebelum ni jugak.. pasal hal Genius ni..

Macam biasala.. ni blog aku dan aku akan keluarkan
teori dan konspirasi aku yang mungkin korang boleh terima atau tidak...

Lagipun, Genius bagi aku adalah orang yang mempunyai kelebihan
dalam sesuatu benda dengan usaha sendiri.
Faham? Usaha sendiri? Faham tak?

Maksudnya, genius ni bukan sahaja dikurniakan dengan otak yang lengkap
dengan akal dan sebagainya.. tapi diperlukan juga usaha
yang mendalam dan berterusan.

Bagi aku, Setiap manusia dilahirkan dengan kepandaian dan kebodohan
yang sama rata.. TAK PERCAYA?
Yang membezakan diorang adalah ukur panjang kejayaan dan usaha sendiri.
TAK PERCAYA?

Tu adalah hak korang untuk percaya atau tidak.
Korang carilah mana orang yang korang gelarkan "Genius" tu dengan cara hidup diorang..
diorang bukan duduk goyang kaki dan sebagainya.. malah diorang berusaha keras..
Kita semua adalah Genius. Kita semua mempunyai darah yang sama.
Kita semua datang daripada Nabi Adam.

Jadi kenapa kita dilabel-labelkan macam zaman sekarang ni? Ha~~
Itulah dia penangan sesat yahudi zionis. Diorang dari dulu lagi dah try
nak sesatkan kita dan try nak jatuhkan semangat orang Islam.
Kalau korang cari balik la. Korang ada jumpa tak pasal Tokoh Islam ni
digelar Genius? Pastu korang cari, berapa ribu tokoh Yahudi dan Kristian
digelar Genius? Nampak tak?

Ni semua adalah propaganda daripada diorang.. Malah cara kita belajar
pon sudah dikawal diorang. Sebab tu kita kena sedar dan bertindak sekarang.

Anyway, berbalik kepada tajuk asal pasal Genius tu.
Memang tidak dinafikan sesetengah orang dilahirkan dengan kepandaian
sedikit mengikut profession masing2.
Mungkin sesetengah orang Genius takat Matematik
Mungkin sesetengah orang Genius takat Seni Lukisan.
Setiap manusia mempunyai keunikan masing-masing.

Jadi korang perhatikanlah betul-betul hidup korang dan nilaikanlah dengan
sendiri. Aku tak nak keluarkan orang-orang yang diorang gelar GENIUS
dan aku tak nak kritik diorang tapi
diorang buat apa yang diorang suka dan jadikannya sebagai satu profession.
Macam aku kata, Ia diukur dengan panjang ukur kejayaan.

Saturday, August 28, 2010

Fikir!


Hari tu aku pernah ada terbaca di dalam satu petikan yang
menyatakan bahawa lelaki banyak berfikiran seks daripada Ilmu..
aku terus terang reply dengan mengatakan

"Takkan kaum wanita tak fikir macam tu kot??"

Fikirkanlah.. kita semua adalah manusia dan semau manusia mempunyai nafsu..
agak sukar bagi mereka untuk tidak terfikir-fikirkan pasal adegan seks..
tapi jangan melampau la sampai boleh jadi kes rogol...
tu memang dasar mintak penampar jer..

Bagi aku.. aku juga seorang pemikir selain daripada Dato' Fadzilah Kamsar..
korang nak tau apa yang aku fikirkan?
Terlalu banyak untuk aku terangkan dan jelaskan lagi..

tapi aku akan bagi beberapa point yang mungkin korang boleh
faham..

1. Aku selalu fikirkan tentang rekaan bentuk2 animasi
atau komputer supaya senang aku mendapat inspirasi untuk teruskan projek
seterusnya..

2. Aku selalu fikirkan efek apa yang aku dah buat dan apa yang
akan aku buat.. aku sebenarnya memang tak suka akan benda2 yang boleh membawa
kepada saat-saat nostalgia.. sebab aku memang tak suka nak patah
ke belakang balik.. sebab 'Once' aku dah pijak ke hari yang
baru.. hari semalam aku biarkan supaya hari ni aku akan buat lagi baik..

tapi.. lain maksud.. aku sebenarnya berfikir dulu sebelum aku bertindak!

3. Fikirkan tentang masa hadapan!
Macam Jedi la pulak

"Be mindful of the future, you must!" - Yoda

Aku bukan nak berlaku syirik ke apa.. tu saja jer aku petik daripada
ayat Grand Master Jedi Yoda.. lagipun, fikirkan pasal masa hadapan
dan tentang benda2 yang berlaku zaman sekarang ni.. aku rasa korang
pon mesti excited gila untuk pelajari semuanya..
kecuali kalau kroang jenis yang suka membazir masa kat Social Networking..

Anyway, tapi aku harus ingatkan korang.. yang dengan berfikir-fikirkan tentang
masa hadapan, kena berhati-hati sedikit.. sebab segala penentuan
dilakukan oleh Allah SWT.


------------------------------------------------
Aku rasa mungkin tu jer yang aku dapat keluarkan buat sementara waktu..
relax la.. aku bukan pensyarah ke hapa ke.. tapi aku nak buktikan
kat orang yang mengeluarkan fakta2 yang tak tepat tu yang orang lelaki
tidak kesemuanya asyik fikirkan seks..

Wednesday, August 25, 2010

Harry Potter VS. Star Wars



Sudah berapa lama aku tak update, eh?
Anyway, mari kita ke topik yang asal..
Ni pasal aku borak dengan kawan aku la.. kawan sekelas kat sekolah..
dan jadilah satu topik yang diungdang tanpa disedari..

Harry Potter VS. Star Wars..

Seperti yang korang tahu.. aku memang minat Star Wars tahap extreme,
tapi macam biasa jugak.. aku tengok movie Harry Potter..
Tapi macam biasa.. aku langsung tak tertarik nak tengok cerita tu lagi sekali
tak macam star wars yang dah berkali-kali aku tengok tanpa rasa jemu..

Apa yang Star Wars bagus daripada Harry Potter (Bagi pandangan aku lah!)

 Cerita Star Wars tak se-Emo cerita Harry Potter!
Macam korang dan aku juga tengok cerita Harry Potter,
Setting Cerita dia agak emo dan storyline dia emo dan
character dalam tu pon Emo.. tapi diorang try nak buat lawak
walaupun tak jadi..

Tapi diorang takleh lawan ke-emo-an cerita Twilight..
pernah tengok cerita Twilight Eclipse?
10 Minit terakhir yang aku baru teruja tengok cerita tu..
yang lain macam sampah..

Anyway, kalau korang tengok cerita Star Wars.. aku rasa boleh katakan
takde satu pon Elemen Emo, macam nafas dekat2, sampai
efek bunyi nafas pon boleh dengar..

Pastu cakap perlahan-lahan macam perogol jer..
ehem ehem.. korang perhatikanlah

Jadi, untuk kawan-kawan aku yang dah habis baca post blog aku ni..
harap-harap korang faham-fahamlah..

Cerita Star Wars bukanlah ganas.. malah, tu adalah salah satunya
cerita perang yang langsung takde Darah... dan tak ganas pon
dan takde unsur seks melampau macam cerita lain..

Mungkin ni bagi aku.. tapi apa kata korang pulak?
aku akan amik sebarang komen sebagai satu pendapat!


P/S: Aku rasa topik kali ni macam tak berkualiti sangat
tapi, biasalah.. lepas dah tak update hampir sebulan sebab takde masa..

Wednesday, August 4, 2010

Semua beli Original!

Sori sesangat sebab aku tak berkesempatan untuk mengambil gambar Webcam aku
yang berteknologi ni sendiri.. sebab takde masa..

Anyway, dengan post ini juga aku akan mengembangkan sedikit sebanyak tentang
hubungan penggunaan webcam dengan seks bebas..
Amacam? Dah tak sabar nak baca dah?
----------------------------------------

Jadi, untuk post kali ni, aku bercadang nak kongsi sedikit pasal satu event
yang akan melanda dan menusuk ke dalam hati fans Manga Comic..

Semalam bila aku search kat memana website favourite aku,
 untuk baca manga.. semuanya dah tak boleh akses lagi..
lagi pulak tu,

Roms yang aku download pon sekarang diorang kena tahan atas nama
Licensed juga.. tak percaya? Korang try la bukak website yang korang selalu
download games free, aku punya semua dah kena banned terutamanya
Romulation.net..

Jadi, lepas ni terpaksa la beli orignal kan? BEST KAN??!
Anyway, aku nak keluarkan beberapa pendapat kenapa diorang buat macam ni..

1. Pelukis manga tu dah tension apabila tengok Artwork diorang di-upload ke Internet
secara haram tanpa minta izin darinya dan tanpa minta izin dari publishernya..

Bukan tu jer..  kalau ni berterusan.. lambat-laun pelukis tu sendiri pon dah naik
malas melukis sebab efek lepas tengok artwork dia dijual macam tu jer..
Bukan jual Original tapi Baca FREE kat internet..

kita kena faham la jugak perasaan diorang.. Bukan setakat Publisher jer jamm..
tapi Pelukis Komik tu pon ada perasaan gak.. dia bukan setakat melukis
pastu amik gaji.. tapi dia melukis dengan "PASSION"

Enthusiasm = An ability to do your job well

2. Ini untuk Roms game yang di-download kat Internet secara haram..
Kalau nak diikutkan.. tujuan sebenarnya wujud Roms dan Emulator ni
adalah untuk Owner Server website tu untuk mempromosikan
game tu supaya orang yang dah test game tu lagi berminat untuk membelinya..

Tapi sekarang, diorang dah gunakan kemudahan tu untuk kepentingan diri sendiri..
Sebab tu ramai orang lagi prefer main game NDS dengan GBA kat komputer..
sama la jugak games2 PC yang diorang download kat Internet,
Jadi tak perlulah orang nak beli konsol game tu sedangkan diorang dah boleh
main secara FREE kat PC.. betul tak?

Secara terus terang.. aku pon buat macam tu.. tapi niat aku nak beli semua
game Original sejak aku ada PS2 lagi.. tapi apakan daya..
aku nak beli komik original pon ada pernah sekali jer.. tu pon
Kingdom Hearts 2 Volume 1,
tu pon dah cecah harganya RM 39.XX

Ni kan pulak nak beli game PS2 ORIGINAL? hpmh..

Sunday, August 1, 2010

Star Wars VS. Star Trek


STAR WARS!
Siapa lah yang tak pernah dengar nama movie block-buster ni..
tak kira kalau korang fans Star Trek ke.. aku boleh katakan
Fans Star Wars lagi berlambak daripada Fan Star Trek..

Anyway, aku bukan nak timbulkan pergaduhan antara Fans Star Wars dengan
Star Trek.. tapi artikel aku pada malam ahad ni agak panjang sikit. sebab aku nak ceritakan
sedikit sebanyak pasal sejarah STAR WARS!

----------------
Terdapat banyak Filler untuk filem dan series Star Wars..
antaranya korang boleh dapat kat

Star Wars : Knights of the Old Republic
Star Wars : Empire at War
Star Wars : Force of Corruption
Star Wars : The Force Unleashed 1 and 2
Star Wars : Knights of the Old Republic 2 : Sith Lord

banyak lagi, dan banyak lagi korang boleh cari kat merata-rata tempat..
tak kira games, tak kira movie malah tak kira yang original atau cetak rompak pon ada..
(bukan versi yang hack la)

Sambungan kepada Cerita Star Wars sentiasa "boleh" dan takde limitnya..
tapi bila aku Expand gila2 citer Star Wars, aku tak boleh la nak kondem
Cerita Star Trek sangat.. tapi~ aku tak tahu kenapa sampai sekarang
aku tak suka Star Trek..
Terutama lelaki yang Hairstyle dia macam tempurung kelapa tu..

P/S: Tolong komen kat bawah untuk siapa2 yang tahu nama dia..

Untuk cerita Star Wars yang selanjutnya.. aku akan update,
dan Post ni akan disambung lagi kepada Star Wars VS. Star Trek 2,
lepas aku dah habis tengok movie dia..