Saturday, July 31, 2010

One Manga = Total DESTRUCTION!!!

Nampak clear tak? Gambar kat atas tu?
Terang-terang dia tulis bahawasanya One Manga "mungkin" tidak sama sekali
akan update Website diorang dengan Manga2 yang di-pirate oleh
Scanlated (Scanner and Translator)

Benda ni tak silap aku, aku pernah baca yang pihak pelukis manga ni nak ambik
tindakan, tapi tak tahu pulak aku yang sampai macam ni tindakan diorang terhadap
scanlated teams.. kalau macam ni, terpaksa la aku beli manga original..

Aku rasa, lepas ni.. manga2 yang dijual kat kedai runcit yang sudah di-translate ke
Bahasa Melayu tu pon akan takde nnti kot? Tapi aku memang tak minat yang jenis
macam tu punya..

P/S: Kenapa la jadi macam ni, tapi nasib baik aku ada Manga Stream

Manga Stream tak ada banyak manga, tapi diorang hidangkan manga2 yang top dengan
episode yang latest macam Naruto Episode 504 dan berbagai lagi..
tapi kalau korang nak baca Full Metal Alchemist kat mangastream memang tak
dapat la.. sbb diorang sediakan Shounen Jump jer..

Huhu, hehe, dan haha!

Gambar kat atas ni sebenarnya takde kaitan dengan artikel aku pada malam sabtu ni..
Tapi, sebab aku hampir nak abis download The Dark Knight.. aku bersemangat
cari watak joker pulak..

Ehem~ Anyway, artikel aku pada malam ni berkisar tentang News Feed kawan-kawan
aku kat Facebook yang selalunya akan menambah perkataan macam kat atas tu..
"Huhu, hehe, haha!"

First sekali aku nak tanya diorang.. yang diorang sebenarnya jujur ke cakap tu sumer,
sbb bagi aku.. diorang macam terpaksa atau saja2 nak tambah emosi dalam diorang
punya News Feed.. tapi selalunya, News Feed yang ada tambahan macam ni
la yang merosakkan minda..

Tak bagi sumer orang.. tapi bagi aku, ya!
Efek-Efek special ni hanya boleh dapat start pada pukul 12 tengah malam
sampai besok pagi.. tak caya? Try jaga.. mesti ramai yang type
Haha, hehe, huhu!

Aku ada keluarkan beberapa faktor yang menyebabkan diorang tulis ayat2 magic tu..

1. Kemungkinan besar diorang sebenarnya tengah ngantuk dan perlukan
satu emosi atau kata-kata yang boleh meng-cover ngantuk diorang..

2.Hypokrit

3.Diorang dah takde ayat lain

4.Saja nak tarik perhatian dan

5.Diorang takde kerja

Untuk korang kat luar sana tu yang dah abis baca post aku yang kali ni..
Aku merayu!! Tolonglah berhenti penggunaan kata-kata tu..
Aku dah tak boleh tahan lagi..

P/S: Semua hasil tulis aku kat atas ni sebenarnya hanya merapu dan hanya bergurau
sebab tu aku labelkan dia sebagai Fakta Bodoh!

Amacam? Ha.. skang korang boleh la cakap kat depan PC korang "Wakenabeb"

Zaman Paleolitik yang SEBENAR!

Korang masih ingat lagi tak sejarah masa Form 1 dulu.. masa kita belajar
pasal Zaman2 Dahulu-kala? Ingat lagi tak?
Yang kita belajar orang dulu ni, tinggal dalam gua.. diorang tak berpakaian
dan bodoh..

Sebenarnya, dengan duka citanya.. aku nak beritahu korang yang.. itu
semua adalah satu penipuan!

Aku tak tau, siapa sebenarnya yang kaji tu semua.. kita berbalik mula kepada
ajaran Islam..

Manusia dan Nabi pertama yang diturunkan Allah ke muka bumi ni siapa?
Nabi Adam a.s. kan? ok.. sekarang, aku nak pointkan beberapa soalan..
Beginikah cara Nabi Adam hidup? Hidup di dalam gua?
Tidak berpakaian dan tidak berilmu..

Apa yang dilakukan Nabi Adam a.s. saya sendiri tidak tahu dan
saya sendiri tidak mahu katakan apa2 sebab Ianya boleh membawa kepada
Fitnah..

Anyway, sebenarnya.. apa yang orang ramai tak tahu.. aku telah membuat kajian
ini berdasarkan fakta yang tepat dan benar dan berdasarkan teori aku sendiri..

1. Sejak dari dahulu lagi.. manusia sudah lama mempunyai Ilmu dan sudah pandai
berbahasa.. Dan jangan terkejut kalau aku cakap yang orang dulu sebenarnya
sudah Wujud Physician dan Mathematician.. si pakar matematik dan
ahli Fizik

Juga tidak ketinggalan Alkimia yang menguruskan bahan2 kimia dan perubatan..

Korang tak percaya?

Kalau lah kiraan orang2 dulu tak tepat dan tak pandai..
Jadi bagaimana banggunan yang diorang bina hanya menggunakan
pasir dan batu boleh bertahan hingga zaman sekarang?
Binaan mereka jugak langsung tidak ada"Piling" dan berbagai lagi..

Tapi bertahan selama berjuta-juta tahun.. pelik? tapi benar...

2. Kajian sudah membuktikan yang berjuta-juta dahulu.. sudah terciptanya
sebuah bateri , bateri tersebut tidak diketahui untuk digunakan untuk apa..
tapi apa yang aku pasti.. Bateri itu sudah membuktikan bahawa orang
dulu sudah pandai mengendalikan teknologi berelktrik..

Begitu juga dengan sistem Haba di mesir.. dengan menggunakan tenaga
Haba diorang boleh generate tenaga.. jadi tidak hairanlah
kalau dulu2 lagi sudah terlahir

Ahli Fizik, Ahli Matematik yang hebat2!!
Macam Galileo Galilei, Isaac Newton dan macam2 lagi..

3.Evolusi dari beruk kepada Manusia?
Aku pon pernah "ter"percaya benda ni masa aku kecik2 dulu..
tapi beberapa hari lepas tu baru aku terfikir..  Bagaimana pulak
manusia di-evolusi daripada Beruk sedangkan "MANUSIA" pertama
adalah Nabi Adam.. sejak dari hari tu.. aku tak pernah percaya benda2
mengarut yang diuar-uarkan oleh orang Kristian dan Yahudi..

Kalau korang nak lebih lanjut lagi.. korang boleh pergi ke Page website ni..
http://www.technology.am/best-ancient-gadgets-093119.html


Kesimpulannya... nnti korang boleh la cakap dengan Cikgu Sejarah korang yang
terdapat penipuan dalam buku teks tu.. huahaha~~ ( kalau korang berani,
try at YOUR own risk...)

P/S: Anyway, kalau aku ada tersalah tulis kat atas ni, tolong tegur kat bahagian komen di bawah

Friday, July 30, 2010

The Laws of Tandas Awam!


Yayyy! Tajuk untuk artikel aku hari ni panjang!
Dan sebelum korang tercengang-cengang baca post artikel aku pada hari ni
berkenaan dengan "Apa yang korang perlu buat apabila berada di dalam Tandas",
aku nak mengingatkan korang yang artikel ni adalah tergolong dalam Fakta Bodoh..
Tiada kena mengena dengan realiti kehidupan..
Tapi kalau korang nak ikut.. aku tak boleh halang apa2 lagi..

1.Pastikan ada Air dahulu sebelum membuang!
-Basics-basics untuk membuang di dalam tandas awam mengancam kerana
The Laws of Tandas dia akan sering berubah.. eh.. maksud aku,
takde air la.. takde air.. jadi, sebelum korang betul-betul tergesa nak buang
air tu, pastikan ada air dulu.. air paip la..

Aku masih ingat lagi kisah kawan aku, aku tak tau kalau dia masih baca blog aku lagi
ke tak.. tapi masa Form 2, dia memang dah terdesak gila dan terus jer membuang di
dalam tandas sekolah tanpa Check ada ke takde air paip..

Lepas dia membuang tu la.. tercatat satu sejarah yang paling best kat batch kitorang..
Dia terus jer gunakan Seluar Dalam dia untuk mengelap bahagian-bahagian yang terkena
najis.. Kitorang tau dia buat macam tu pon sebab kawan baik dia barua kat
kitorang.. BEST KAN??! KAN?!!

2.Pastikan Mangkuk Jamban tu sudah dibilas!
-Bagi aku, membilas mangkuk jamban kat tandas awam tu lagi penting daripada
makan nasi lemak untuk sarapan...

Membilas jer mangkuk tandas tu akan membebaskan korang daripada samak
lepas menggunakannya..

Tak lah.. aku gurau jer.. anyway, aku memang tak rekomen korang untuk
terus duduk atas mangkuk tandas awam macam tu jer..
sebab Allahuallam apa yang ada kat atas tu..

Ada beberapa kemungkinan:
-Najis
-Air kencing
-Bahan2 lain yang meloyakan..

Kesimpulan dia.. pastikan tempat korang ber-istinjak tu bersih..

3.Flush selepas menggunakannya!
-Apabila korang dah habis membuang kat tandas awam tu,
cuba korang blah jer tanpa flush tandas tu..

Orang yang kemudian nak guna tandas tu mesti pandang slack kat ko..
HAHAHHAHA~~ aku suka part ni.. HEHE~~

----------

Jadi ini sajalah untuk Fakta bodoh terbaru aku untuk hari ni..

P/S: Aku akan repost balik post aku yang lama.. jadi~~ jangan risau..
terutama post yang best!

Nuffnang dah Cari Pasal?

Buat masa sekarang ni, aku tak rekomen korang untuk meng-klik butang
di bawah yang "relative post" tu,
sbb post2 sebelum ni semuanya aku dah bung,
lepas ni.. aku akan jaga kualiti post aku dan tambah lagi fakta2 menarik..

P/S: Kalau boleh, tolong la buat survey kat Nuffnang aku.. Insya Allah.. aku akan
tolong korang pulak!

Title aku tu.. saja jer aku tulis macam tu, sebenarnya ni adalah untuk Site News kedua!
Ok, Chow~

Bersih balik Blog aku

Setelah sekian lama aku berfikir.. akhirnya, aku dah mula nak start balik
blog ni daripada Mula.. so~ lepas ni, kalau sesiapa yang idam-idamkan
post lama aku sebelum ni, aku akan re-post balik... tak kira
sama ada korang mintak atau tak..

Sempena dengan ini, aku jugak ada buat blog lagi satu,
tapi blog ni Blog berbahasa Inggeris
Darth Danial : Danial's Strikes Back!

Macam biasa la.. lepas jer tanda " : " aku mesti akan
letak ayat killer aku..

Anyway, aku rasa tu jer la Site News untuk hari ni..
Bye~